Cari Blog Ini

Jumaat, 23 Jun 2017


B I O D A T A

Haidi Bin Aziz dilahirkan pada 28 Oktober 1975 di Kuala Krai, Kelantan dan mendapat pendidikan awal disekolah kebangsaan kampung Peria Kuala Krai Kelantan dan seterusnya menyambung pelajaran diperingkat menengah di Pondok Mengkebang dan Sekolah Arab Falahiah di kampong Sungai Sok Kuala Krai Kelantan. Seterusnya beliau memasukki Tentera Darat dan menamatkan perkhidmatan selama 15 tahun dengan berpangkat sarjan dan dianugrahkan pingat PPA dan PPS.

Semasa di dalam tentera beliau menyambung pelajaran diperingkat sijil di Majlis Latihan Vakisional Kebangsaan Malaysia sebagai Pembantu Juruteknik Logistik Tahap Satu dan Dua serta Tahap Tiga sebagai Pengurusan dan Juruteknik Logistik. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di peringkat Sijil Sains Komputer Teknologi Maklumat dan Diploma Sains Komputer Teknologi Maklumat. Setelah menamatkan perkhidmatan selama 15 tahun beliau menyambung pelajaran diperingkat Executive Master In Busines Operation Management.

Beliau juga menghadiri perlbagai kursus termasuk IBS Traning Cantre (MARA), Coaching And Mentoring (INSKEN) Kursus Pemantapan Kepimpinan, DB2 Database Design, VIMS Advance, Borland Delphi 7, Windows Server 2003 (Multimedia DisplayTechnologies), Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (MLVK) dan lain-lain sijil bekenaan.

Beliau juga bepegalaman luas di dalam mengurus tadbir syarikat dan pernah dilantik jawatan sebagai Pengarah Exsekutif di Syarikat Spectrablast Technologies Sdn. Bhd, Pengarah Urusan di Syarikat HM Solaris Sdn Bhd dan kini Pengarah Urusan di syarikat Union Pavilion Sdn. Bhd dan lain-lain syarikat lagi.

Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas di dalam NGO dan Politik serta pernah memegang jawatan sebagai Yang DiPertua Persatuan Penjaja Dan Perniaga Kecil PPR Batu Muda (PPKBM Kuala Lumpur) (2010 – sekarang), Persatuan Kebajikan Silaturahim Malaysia (SIRAH MALAYSIA) (2012 – sekarang),, Pengerusi Pertubuhan Kelab Otai Negeri Gabungan SIRAH Malaysia (2013 – sekarang), Persatuan Kesenian Adat Warisan Pantai Timur utara dan Selatan.(KESENIAN MELAYU) (2017 – sekarang), Pengerusi Anak Kuala Krai Di Perantuan Kuala Lumpur dan Selangor (PELERAI) (2015 – sekarang) dan penasihat di dalam Persatuan Anak-Anak Pantai Timur (PERAPAT) (2015 – sekarang). Manakalan penglibatan di dalam politik pula dipilih sebagai Ketua Cawangan UMNO Pinggiran PPR Batu Muda (2011 – sekarang), Setiausaha MPP Sub Zon 3 (2014 – 2016), Biro keselamatan MPP Batu (2014 – 2016), Timbalan pengerusi Biro Agama Bahagian Batu (2014 – 2016) dan jawatan sebagainya. Sepanjang penglibatan beliau didalam NGO dan politik beliau dianugrahkan Dato’ seri oleh Raja Izudin Shah Raja Perak.


SEJARAH RINGKAS PENGLIBATAN TAD DALAM NGO BERBAIAAH ANTARA YANG TERSURAT

Semasa beliau belajar dipondok mengkebang (Tuan Guru Hj Ibrahim Madinah) dan pondok Sungai Durian Kuala Krai Kelantan (Tuan Guru Hj Abd Rahman) beliau telah diperkenalkan dengan jalan perjuangan 30 yang sebenar dan dikenalkan dengan pejuangan-pejuang 30 dari selatan thai.

Setelah beberapa tahun mendiamkan diri sekali lagi beliau telah dibaiah oleh Ayah Basir Simpang Tiga Ulu Langat, ketika beliau dicadangkan untuk dinaikkan ayahanda oleh Ayah Sani BTK, Paduka Ayah Mani dan seluruh jemaah Bandar teknologi beliau telah berjumpa dengan Ayah Basir untuk meminta pendapat dan kebenarannya, akan tetapi Ayah Basir bercadang beliau sendiri akan membaiah TAD sebagai ayahanda.
  
Oleh kerana keputusan jemaah Bandar Teknologi ketika itu yang dipimpin oleh Ayah Sani telah bersepakat dan bersetuju memilih TAD untuk dibaiaahkan dengan Paduka Ayahanda Tok Misai Sungai Petani, walaupun berat bahu memikul, walaupun malu kepada ayah basir perlu ditanggung, TAD bersetuju untuk dibaiahkan oleh Paduka Ayahanda Tok Misai.

Setelah beliau dibaiahkan sebagai ayahanda oleh Paduka Ayahanda Tok Misai bersama jemaah diatas gunung jerai walaupun malu terpaksa ditanggung TAD pulang berjumpa dengan Ym Ayah Basir dan bersedia untuk menerima hukuman. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan ketelusan dan kewibawaan yang tinggi YM Ayah basir beliau menerima dengan seadanya, walaupun berat untuk melepaskan.

Pada awal 2010 beliau telah diamanahkan untuk memimpin (Persatuan Singa Merah ) PESAMA 367 dan pada tahun 2011 Tok misai menalipon dan meminta pendapat tentang penggunaan nama SIRAH. Tanpa membuang masa TAD dan paduka dato pendi cuba untuk merungkai penggunaan nama SIRAH tersebut. Alhamdulillah setelah beberpa kali membuat pertukaran penggunaan nama pertubuhan SIRAH (Pertubuhan Kebajikan Silaturahim Malaysia) telah diluluskan dan diuruskan sepenuhnya oleh TAD.

Oleh kerana beliau terlalu aktif didalam NGO berbaiah terutamanya SIRAH Malaysia beliau telah dicadangkan oleh kawan-kawan , Imam besar masjid tumpat dan Pondok di Kelantan untuk menubuhkan Majlis Mempertahankan Aqidah Ahli Sunnatu Waljamaah dengan mengambil gelaran Khalifah Iman yang membawa gelaran Tok Ayah di Pathani Thailaand.
Demi untuk memartabatkan institusi NGO berbaiah terutamanya SIRAH Malaysia dan digalakkan oleh Tok Ayah- Tok Ayah lama untuk menubuhkan Majlis Mempertahankan Aqidah Ahli Sunnatul Waljamaah TAD telah bersetuju dan disokong oleh Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Samaah Tuan Guru Pondok Genting Kelantan dan Ustaz Hj Abdul Kadir imam besar masjid tumpat pada 06 feb 2013.

Beliau disarankan untuk pergi berjumpa dengan tuan Guru Haji Abdullah Bin Ibrahim Al-Maula di Pondok Maahad Al-Qairiyah Al-Rahmaniayah di Kampong Mampat 3 Mungkin Rak Win Daerah Rak Yan Pathani Thailand pada 25 feb 2013. Alhamdulillah dengan izinnya jua beliau dibaiah dan ditauliahkan sebagai khalifah imam (Tok Ayah).

Semasa beliau memimpin Pertubuhan Kebajikan Silaturahim Malaysia (SIRAH Malaysia) beliau telah mendaftar Kelab Otai Negeri Gabungan SIRAH Malaysia kini ditukar kepada Pertubuhan Tarbiyah Ukhwah Islamiah se-Malaysia (TAUHID Malasyia), Persatuan Anak Kuala Krai Di Perantauan (PELERAI),Persatuan Kesenian Adat Warisan Melayu Pantai Timur Utara dan Selatan (KESENIAN MELAYU)



Bersambung.......

B I O D A T A Haidi Bin Aziz dilahirkan pada 28 Oktober 1975 di Kuala Krai, Kelantan dan mendapat pendidikan awal disekolah kebangsaan k...